Sumber : Wikipedia

Sebut je perkataan jeragat, mesti ramai wanita yang rungsing. Nampak kecil tapi impak dia boleh menjatuhkan semangat tau bila kulit muka ada jeragat apatah lagi kalau jeragat tu jelas nampak dari jauh.

Jeragat ni bukan apa, dia muncul nak bagi tahu yang mungkin kita ada masalah dalaman atau kita sendiri yang culas dalam penjagaan asas kulit muka. Tu yang dia timbul tu.

Memanglah jeragat ni boleh cover dengan makeup tapi sampai bila nak makeup je kan. Selalunya kita makeup pun bila keluar rumah je tapi kat rumah? depan suami? Depan suami la patut cantik bukan kat luar rumah je. Betul tak?

Jadi, Cik Charms selaku penasihat kecantikan anda nak kongsikan sedikit 5 PUNCA UTAMA JERAGAT MUNCUL yang perlu kita ambil kisah!

  1. Endah tak endah dengan penjagaan asas kulit muka

Ha..jeragat muncul tu nak bagi tahu la tu yang kita mungkin tak jaga betul-betul basic skincare harian kita. Apa yang basic sangat tu? Ni ha..2 steps je pun paaaaling basic

  • Cuci muka
  • Pakai pelindung uv (foundation)

Cuci muka tu sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bangun tidur dan sebelum tidur. Dua ni paling basic lah. Untuk yang nak kulit lebih cantik dan bersih tak kusam, boleh tambah beberapa steps ni dalam rutin harian. Lama-lama biasalah

  • Pakai toner selepas cuci muka
  • Scrub wajah seminggu 2 kali
  • Pakai pelembap wajah/serum/night cream

2. Peningkatan Usia dan Perubahan Hormon Yang Tak Stabil

Perubahan hormon ni pun boleh jadi punca tumbuhnya jeragat seiring dengan peningkatan usia. Mengandung, bersalin, menyusu, pil perancang semua ni boleh buatkan hormon berubah sekaligus jeragat pun muncul. Tambahan lagi waktu hormon tak stabil tu tak jaga pemakanan. Makin banyak la jeragat timbul. Ada setengah yang hilang bila hormon dah kembali stabil dan ada yang tak hilang2 walaupun lepas mengandung, dah habis pantang, dah putus susu. Semuanya bergantung balik kepada penjagaan asas kulit dan pemakanan kita

3. Sinar UV Cahaya Matahari

Sinar UV daripada cahaya matahari ni boleh merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat. Semakin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytesmenghasilkan melanin. Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit kita mudah berjeragat. Jadi, kenalah pakai pelindung uv bila keluar rumah.

4. Tekanan perasaan

Tekanan ditempat kerja mahupun dirumah juga menjadi faktor terbesar dalam terhasilnya jeragat. Ini disebabkan oleh kadar RADIKAL BEBAS didalam badan meningkat apabila seseorang itu tertekan. Radikal bebas menjadi penyebab utama dari dalam badan sehingga menyebabkan terjadinya jeragat degil dan hitam diwajah.Radikal bebas akan membuat kulit wajah berinteraksi sehingga terhasilnya tompokan tompokan yang hitam dan gelap. Lagi tinggi kadar tekanan anda, lagi banyak jeragat anda akan muncul.

4. Produk kecantikan tidal berkualiti

Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual dipasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

Sumber : Google