Plant-based skincare?🌱
.
Produk penjagaan kulit berasaskan tumbuhan adalah merujuk kepada hasil pembuatan yang tidak berunsurkan daripada haiwan contohnya gelatin haiwan, lactic acid daripada darah haiwan, dan kolagen daripada haiwan bertulang belakang
.

Sejarah produk kecantikan berasaskan tumbuhan telah pun digunakan puluhan ribu tahun yang lalu dan kini diinovasikan dalam pelbagai jenis produk.

Salah satu kebaikan utama produk berasaskan tumbuhan ini ialah khasiatnya yang cenderung lembut pada kulit. Khasiat tumbuhan botani seperti aloevera, minyak argan dan minyak rosehip pun bukan calang-calang tau. Boleh membantu pelbagai masalah kulit dengan lebih selamat berbanding bahan kimia sintetik.

Oleh sebab itu tak hairanlah kenapa ramai wanita yang memilih “plant-based skincare” walaupun harganya sedikit mahal berbanding produk kecantikan sintetik yang lain. Apa salahnya melabur lebih sikit kan untuk pakai produk berkualiti? Untuk kulit sendiri juga