Alhamdulillah..pelancaran TREAPLUS skin clarifying supplement berjalan dengan lancar setelah beberapa bulan kajian dan ujian yang dijalankan. TREAPLUS adalah makanan tambahan yang dirumus khas daripada ekstrak berries, bunga sakura, seramid beras dan trebaeaut yang dapat membantu menyelesaikan hampir kesemua masalah yang berkaitan kulit seperti alahan makanan laut, kulit kusam, jerawat dan jeragat. TREAPLUS juga dapat membantu menguatkan akar rambut dan kuku serta memberi tenaga sepanjang hari. TREAPLUS mudah dikunyah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja.

Nak tahu apa itu makanan tambahan? Makanan tambahan ialah makanan berkhasiat yang diambil sebagai pelengkap diet pemakanan seharian kita. Makanan sunnah seperti kurma, buah zaitun, susu dan madu pun dikira sebagai supplement. Kita ambil untuk tampung nutrien yang kita tak dapat dari pemakanan harian kita. Jadi, untuk dapatkan kulit yang cantik bagaikan puteri, kita perlulah makan makanan yang berkhasiat yang boleh melembabkan dan mencantikkan kulit dari dalam secara semulajadi.

Nak tahu apa ada dalam TREAPLUS?

  1. Buah beri walaupun bersaiz kecil, ia mengandungi banyak khasiat. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Ianya juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri!
  2. Sakura atau Cherry Blossom ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh di sekitar Banjaran Himalaya. Bunga Sakura ialah bunga yang sinonim dengan negara Jepun. Bunga Sakura ini dianggap istimewa kerana ianya hanya mekar selama 1 – 2 minggu dalam setahun. Rakyat Jepun memanfaatkan bunga Sakura sebagai bahan kecantikan dan kesihatan. Mereka juga menjadikan bunga Sakura sebagai bahan untuk membuat makanan seperti Sakura Mochi, Sakura Manju, Jem Sakura, Teh Bunga Sakura, Taiyaki dan pelbagai kuih-muih tradisional dan moden yang lain. Bunga sakura mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan anti peradangan sehingga ianya sangat baik dijadikan sebagai bahan utama dalam produk kecantikan kulit. Bunga Sakura juga mengandungi isoflavin yang dapat mencegah enzim tirosinase iaitu protin yang diperlukan dalam membentuk pigmentasi pada kulit sekaligus dapat mengatasi masalah kulit kusam. Ia dapat menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata serta merangsang pembentukan kolagen pada kulit.
  3. “Rice Ceramide” atau Seramid Beras ialah ekstrak molekul yang telah diformulasikan secara saintifik daripada beras. Kajian saintifik mendapati bahawa beras mempunyai struktur kimia yang menyerupai seramid yang terdapat di bawah lapisan kulit manusia. Seramid bertanggungjawab menjana semula sel – sel kulit serta merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi. Penggunaan beras untuk kecantikan kulit telah digunakan sejak zaman dahulu lagi dan terbukti dapat menjadikan kulit lebih lembut, tegang, bersih dan cerah. Bukan sahaja digunakan oleh nenek moyang kita yang selalu menjadikan beras sebagai bahan utama bedak sejuk mereka, bahkan ia juga adalah salah satu rahsia turun-temurun masyarakat di Cina, Jepun dan Korea yang memang terkenal dengan kulit mereka yang halus, lembut dan putih bersih.
  4. Trebeaut (Tremella Fuciformis) ialah sejenis fungus dalam keluarga Tremellacea yang mempunyai keupayaan mengekalkan kelembapan yang tinggi sama seperti asid hyaluronik yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Trebeaut (Tremella Fuciformis) juga dikenali sebagai fungus salji dan boleh didapati di kawasan tropika. Trebeaut (Tremella Fuciformis) ini telah lama digunakan dalam bidang perubatan tradisonal masyarakat China. Ia amat popular digunakan untuk mengubati luka dan parut. Malahan ia juga ialah rahsia kecantikan para wanita pada zaman dinasti Tang. Ia mempunyai tekstur gelatin yang lembut dan sifatnya tidak bertoksid dikatakan ianya berkhasiat untuk dimakan. Dalam teknologi kecantikan era ini, Trebeaut (Tremella Fuciformis) dijadikan sebagai bahan alternatif semulajadi kepada sodium hyaluronate. yang banyak terdapat dalam produk kecantikan terkemuka di dunia. Ianya dapat membantu melembapkan kulit, mengurangkan parut, dan mencerahkan kulit.