TIPS MENGUJI PRODUK BERMERKURI

Gunakan cincin emas! 🤣 Kecoh kan teknik ni di internet 🤣

. . .

Teknik tersebut sama sekali salah! Teknik yang betul ialah hantar ke makmal dan buat ujian..antaranya MAKMAL PUSAT RACUN NEGARA sebab hanya mesin tertentu sahaja yang boleh detect merkuri ni iaitu ‘mercury analyzer’ atau “Atomic Absorption Spectroscopy“. Ya memang ada gunakan emas, tapi emas nanoparticles..bukan emas yang kita pakai tu..emas 916 ke 999 ke 😂 dan emas tu pun diuji dengan menggunakan mesin khas..bukan diatas tangan kita 🤣

            

Kalau nak selamat daripada terkena produk2 bermerkuri ni, pilih produk skincare yang tak claim “cerah seawal 3 hari”, “gebu seawal 7 hari’. Elakkan produk yang sangat cepat memberikan kesan kerana pada masa yang pendek mungkin anda akan dapat kulit wajah yang diidamkan tetapi dalam masa panjang kulit anda akan mengalami masalah seperti kulit nipis, kulit sangat sensitif dan kemungkinan anda akan mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan sebagainya disebabkan oleh bahan kimia di dalam produk skincare tersebut.

Pilih yang selamat, bernotifikasi KKM, dan diiktiraf HALAL JAKIM. Anda boleh kaji di laman web KKM http://www.moh.gov.my/ dan juga http://www.halal.gov.my/v4/

Contoh: Daripada homepage Halal Malaysian Portal, click > kategori kosmetik > taip CHARMS di ruangan search 

Paling penting check juga ingredients yang sesuai dengan kulit wajah kita 😘

One Reply to “TIPS MENGUJI PRODUK BERMERKURI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *