TIPS KECILKAN LIANG ROMA PADA WAJAH MUDAH DAN JIMAT

TIPS PERFUME TAHAN LAMA (CHARMS X DEXANDRA)

TIPS ELAK PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (HFMD)

AMALKAN 6 CARA INI UNTUK MENCEGAH PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

1. ELAKKAN TEMPAT AWAM

Seelok-eloknya, buat sementara waktu kurangkan aktivit di luar rumah Jangan membawa anak yang sakit ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

2. KETAHUI TANDANYA

Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan mengetahui tanda-tanda penyakit ini. Dengan itu, anak yang mempunyai tanda jangkitan dapat dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal. Ia juga dapat mengelakkan daripada menular kepada kanak-kanak lain.

3. JANGAN BERKONGSI BARANG

Guna peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain. Jika perlu, bekalkan anak dengan bekas makanan masing-masing di sekolah.

4. TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI DAN KETAHAN ANAK

Adalah menjadi tanggungjawab utama kepada ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang baik secukupnya. Pastikan anak anda mendapat imunisasi daripada susu ibu secukupnya bermula dari 1 bulan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan atau 2 tahu. Terbukti bayi yang menyusu ibu lebih kebal sistem imunisasi berbanding bayi yang meminum susu formula. Pastikan anak anda makan mengikut diet pemakanan yang betul. Kekurangan zat makanan boleh membuatkan anak anda mudah jatuh sakit.

5. AMALKAN LANGKAH KEBERSIHAN DENGAN TELITI

Penting! Perkara utama yang harus diambil berat ialah kebersihan. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas keluar dari tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh atau merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak amat penting. Basuh tangan/tukar baju/mandi anda dan anak anda selepas pulang daripada aktiviti luar. Cuci alat mainan serta lantai rumah secara berkala. Pastikan rumah sentiasa bersih. Pastikan anda membuang lampin pakai buang anak dengan betul.