TIPS TURUN 8KG DALAM SEBULAN

Berat badan turun naik tambah-tambah selepas bersalin. Susah nak turun kan? Dulu Mummy macam tak percaya, nanti kalau baby menyusu badan turun lah tu. Sekarang baru tahu ya susah nak turun KALAU TAK DISIPLIN! haha. Ya susukan anak memang membantu untuk kita kembali langsing. Tapi kita perlu lagi berusaha untuk dapatkan kecantikan kita sebelum berkahwin. Ayat paling Mummy suka, ‘kalau nak pandai, kena rajin. kalau nak kaya, kena rajin. kalau nak cantik, kena rajin. kalau nak kurus sihat pun kena rajin!’

Banyak manfaat kalau berat badan kita ideal tau. Senang nak bergerak, senang nak solat, senang nak kejar anak, senang nak pakai baju, macam-macam senang. Sebab tu lah dalam Islam sangat menitikberatkan perihal kesihatan dan pemakanan.

Ha nak tahu berat badan ideal ni macam mana? Senang je. Contoh tinggi kita 150cm, so berat badan kenalah 50kg macam tu. Kalau macam Mummy ni tinggi 145cm je, berat sekarang dah 51kg selepas bersalin. Terlebih 8kg tu! So Mummy tekad nak turunkan berat badan semula sebab sebelum ni Mummy pernah buat dan memang menjadi. Masa zaman study yang berjimat cermat dari 48kg jadi 43kg. Waktu tu ramai tegur Mummy nampak lain, Mummy nampak kurus, Mummy nampak cantik. Memang rasa ringan je badan nak bergerak, melompat ke sana sini. Pakai baju pun rasa best je. Bila dah ada yang timbul-timbul tu nak berjalan pun malas! Haish! Jom berubah sebelum lagi susah! Mummy nak kongsikan tips diet ni untuk kita sama-sama semangat!

NIAT

Niat nak kurus sihat kerana Allah, untuk kebaikan diri sendiri, untuk suami, untuk anak-anak, untuk orang senang dengan kita. Siapa tak suka kalau berdamping dengan orang sihat dan cantik kan? Hihi. Niat lah apa pun yang baik-baik. Bukan niat nak kurus sebab nak pakai baju seksi tau!

DISIPLIN

Bila dah ada niat tu, kita kena buat jadual disiplinkan diri. Target berapa kg yang kita nak turun. Kena rajin dan bersemangat! Tampal nota kat dinding supaya kita ingat yang kita ada misi untuk diri sendiri.

BERITAHU KAWAN-KAWAN

Haaaaa kawan-kawan ni lah pengaruh terbesar kita. Ada je yang nak bagi kita makan, nak bagi kita rasa la apa la. Haha tapi nak makan tu makanlah, cuma beringat jangan terlebih makan je. Beritahu kawan-kawan kita yang kita ada misi nak kurus sihat. InsyaAllah kawan-kawan yang baik akan bantu. Siap ingatkan lagi ‘dah minum air ke’ ‘eh jangan minum air sejuk’ ‘eh kata naik diet’ ‘eh ko tak leh makan ni’ macam yang eh eh. Haha untung ada kawan macam tu

DETOX

Mulakan hari kita dengan detox. Rasulullah sendiri dah ajar, bangun pagi sebelum gosok gigi, minum segelas air. Untuk misi kita ni pula, kita minum air lemon! Detox lemak-lemak yang berpinak-pinak kat usus tu. Perut tu la punca segala penyakit. Untuk yang bekerja, bawa bekal jus detox ke pejabat atau ke kelas. Pastikan juga kita minum air yang mencukupi 2liter sehari tau. Minum air suam dan jangan sesekali sentuh ais.

MAKAN IKUT WAKTU
Makan pada waktu yang ditetapkan. Sarapan jam 8-9pagi. Makan tengahari 12-3ptg. Makan malam 6-8mlm. Ingat! kena makan at least 3 jam sebelum tidur! Makan seblum kenyang tau. Maksudnya hadkan jumlah makanan yang kita ambil tu. Satu senduk nasi dan lebihkan lauk.

SENAMAN

Last, senaman! Senam 30 minit sehari. Paksa diri. Yes kena paksa supaya hari-hari buat senaman keluarkan peluh selama 30 minit. Badan akan rasa ringan je lepas tu. Kalau ada masa pergi gym, pergi. Kalau nak pergi jogging, pergi. Tapi kalau yang tak de masa tu kena jaga anak kat rumah, time ni lah kita bersenam dengan anak. Buat aktiviti bersama atau kemas rumah cuci calat! Puas hati peluh keluar dengan banyaknya.

JANGAN PUTUS ASA!

JANGAN PUTUS ASA!

Semoga kita semua sihat dan berjaya! Jom!

Minum BONEETA pun boleh membantu kita turunkan berat badan tau!