COLD PROCESS SOAP VS COMMERCIAL SOAP

Selalu kita lihat sabun handmade cold process yang menggunakan bahan natural organik lebih mahal daripada sabun komersial yang ada di pasaran kan?

Ini adalah jawapan kenapa Handmade Cold Process Soap lebih mahal daripada sabun biasa yan kita beli di kedai runcit.

SABUN BUATAN TANGAN YANG MELALUI PROSES DINGIN MENGANDUNGI GLYCERIN 

Glycerin ialah emolian kulit yang natural iaitu agen yang melembutkan kulit. Glycerin dapat menyerap air daripada udara dan harganya mahal dalam pembuatan sabun, losyen dan krim kulit bagi memastikan kelembapan yang baik dijaga. Minyak sangat baik untuk kulit dan minyak ialah komponen penting dalam pembuatan sabun, dan daripada minyak inilah terkandungnya glycerin.

Dalam proses pembuatan sabun, minyak dan garam alkali (lye) diadun bersama. Minyak atau glycerin itu boleh didapati daripada lemak haiwan dan juga lemak tumbuh-tumbuhan. Sebaiknya pilih minyak yang berasaskan daripada lemak tumbuh-tumbuhan. Minyak zaitun, minyak jojoba, minyak kelapa dara, minyak shea butter adalah antara minyak yang selalu digunakan dalam handmade cold process soap. Terlebih minyak dalam pembuatan sabun akan membuatkan sabun terlebih lembab dan mudah terurai. Terkurang minyak pula akan membuatkan sabun lebih kasar dan membuatkan kulit kering.

Berbeza dengan sabun komersial yang berada di pasaran tau. Sabun komersial yang ada di pasaran lebih murah sebab tidak mengandungi glycerin ataupun minyak. Kebanyakan syarikat pengeluar sabun komersial akan pindahkan penggunaan glyecerin untuk dijadikan losyen dan krim pelembap supaya pengguna perlu membeli kedua-dua produk.

SABUN BUATAN TANGAN YANG MELALUI PROSES DINGIN TIDAK MENGANDUNGI PEWANGI

Selalu tak kita lihat, sabun komersial di pasaran akan label “rose infusion” “orange splash” dan seumpamanya mempunyai pewangi sintesis yang berkemungkinan mengandungi bahan kimia merbahaya.

Berbeza dengan sabun buatan tangan yang natural menggunakan minyak pati/essential oils seperti minyak pati lavender, minyak pati lemon dan juga peppermint. Ia bukan sahaja mewangikan kulit anda malah memberi lebihan khasiat kepada kecantikan kulit.

SABUN BUATAN TANGAN YANG MELALUI PROSES DINGIN DILAKUKAN SECARA TRADISIONAL 

Sabun ini diadun denga minyak pati  yang baik, air dan buah-buah kering yang dimahukan kemudian diuji pH keseimbangannya dan melalui proses pemeraman. Ia memakan masa selama 40 hari untuk betul-betul kering dan selamat digunakan. Sebab itulah ianya lebih mahal daripada sabun biasa. Sabun ini amat sesuai untuk kulit yang sensitif dan memerlukan lebih lembapan.

——————————————————————————————-

APA PERBEZAAN ANTARA CHARMS FIG SOAP DENGAN SABUN BIASA KEDAI RUNCIT?

NATURAL : Kaedah cold process membantu mengekalkan bahan-bahan dan memastikan manfaat ramuan tidak rosak. Charms Fig Soap menggunakan buah tin dan susu kambing serta minyak berharga (jojoba, zaitun, lavendar) sebagai bahan kandungannya.

TIDAK MENGANDUNGI SLES DAN SLS : Minyak tumbuhan semulajadi ini boleh membantu meneutralkan radikal bebas, membersihkan kotoran tanpa menghakis kulit

😘😘BEST SABUN BUAH TIN NI TAU. BAIK UNTUK KULIT YANG SUPER DUPER SENSITIF DAN KULIT BAYI YANG MENGALAMI EKZEMA 😘😘