PERBEZAAN WHITEHEAD & BLACKHEAD

Hai semua yang bahagia!😍 Tahu tak apa beza whitehead & blackhead? Mummy Charms nak kongsikan perbezaan whitehead& blackhead ni. Cuba kita pegang kulit muka kita sendiri kemudian rasa dengan jari. Dari dahi kemudian pipi dan hidung turun ke dagu. Ada tak rasa macam bergerutu?

Kalau bukan jerawat, mungkin kulit anda juga ada whitehead dan blackhead. Memang rasa geram bila nampak dua benda ni kat muka masa tengok cermin kan?

Self confident pun kurang kalau whitehead dan blackhead ni penuh di muka. Lebih teruk lagi kalau kita ambil ringan tentang masalah ini, whitehead yang dah jadi blackhead akan menjadi busuk bila dah lama tersumbat tau!😱

Whitehead dan blackhead bukanlah perhiasan di wajah tetapi adalah satu petanda yang kulit anda tidak sihat. 🤢

Tahukah anda beza whitehead dan blackhead selain dari warnanya?

Whitehead adalah pori-pori yang tersumbat di sebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh satu lapisan nipis kulit lagi. Warna masih putih.

Ia seakan-akan jerawat tapi masih belum sakit dan merah.

Blackhead pula sama sahaja dengan dengan whitehead cuma bezanya ia dah terbuka. Bila dah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Itu yang menyebabkan ia jadi hitam.

Kita tak boleh picit whitehead dan blackhead ni sesuka hati tau. Sebab ianya akan buat kulit kita luka, dan pori-pori jadi lebih besar. Ada caranya tau kalau kita nak buang whitehead dan black head ni supaya selamat dan berkesan.

Cara paling mudah untuk anda remove whitehead & blackhead ni ialah:

  1. Wapkan muka dengan air panas untuk membuka liang pori pada wajah
  2. Skrubkan wajah anda dengan Starglow Laser Scrub untuk membersihkan liang pori secara mendalam
  3. Kemudian bilas dengan air sejuk dan sapu ais pada muka untuk menutup semula liang pori pada wajah
  4. Lakukan rutin ini seminggu 3 kali sampai anda rasa kulit anda kembali bersih dan sihat 🤩