TIPS HILANGKAN JERAGAT HORMON SELEPAS BERSALIN

Kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa bagi setiap ibu walaupun ada sesetengah ibu yang mengalami alahan ketika mengandung. Ibu-ibu harus bersedia dengan perubahan diri selepas bersalin seperti munculnya jeragat di wajah, timbulnya urat labah-labah, tanda regangan selepas bersalin (strech mark), keguguran rambut dan lemak berlebihan di bahagian perut.

Kemunculan jeragat atau tompok-tompok gelap pada kulit adalah akibat penghasilan hormon progesteron dan estrogen yang tinggi semasa kehamilan.

Peningkatan hormon ini boleh mencetuskan pengeluaran melanosit yang berlebihan. Inilah yang menghasilkan tompok-tompok gelap pada wajah iaitu jeragat ataupun melasma.

Melasma biasanya dilihat di bahagian muka, bibir, hidung dan dahi kita. jeragat akan kelihatan lebih gelap dan teruk jika banya terdedah kepada cahaya matahari. Biasanya ia akan hilang dengan sendiri selepas persalinan tetapi ia boleh mengambil masa yang lama dan berlanjutan selama beberapa bulan.

TIPS HILANGKAN JERAGAT PADA WAJAH

  • Pakai produk penjagaan wajah yang sesuai dengan anda
  • Pakai pelindung UV ketika melakukan aktiviti di luar rumah
  • Makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi
  • Kawal emosi dan tidak stress
  • Elakkan terdedah daripada cahaya matahari
  • Tidur dengan cukup