TIPS MERAWAT KULIT ‘SUNBURN’

Kulit adalah organ manusia paling terbesar, namun kulitlah yang paling banyak terdedah dengan risiko kerosakan seperti terdedah kepada sinaran UV dan radikal bebas di udara. 🌤 🍂

Sinaran UV boleh mengubah DNA dan menyebabkan berlakunya penuaan pada kulit dengan cepat. Lama kelamaan kerosakan DNA menjurus kepada masalah kanser kulit. ☀

‘Sunburn’ akan terjadi sekiranya kulit anda terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Sebaiknya pakai pelindung UV ketika anda melakukan aktiviti di luar rumah! 😎

Di sini team CHARMS BEAUTY TIPS ada TIPS untuk merawat kulit muka terbakar 😍

#1 SAPU ALOEVERA 

Sapu alovera atau daun lidah buaya. Bukan lidah buaya tau! haha. Aloevera dapat membantu meredakan radang sunburn. Sunburn yang masih baru, bila disapu aloe vera gel beberapa kali dalam sehari, kesan dia sangat berbeza dengan sunburn yang tak dirawat langsung. Aloevera memberi kesan sejuk dan lembap pada wajah anda😍

#2 MANDI DENGAN AIR SEJUK

Kaedah yang paling cepat ialah dengan mandi atau berendam dalam air sejuk. Tambahkan pati minyak lavender atau chamomile untuk melegakan perit dan sakit. Elakkan mengguna sabun yang mengandungi SLS kerana ia boleh menambah kekeringan kepada kulit anda.

#3 MASKER TIMUN

Timun juga boleh mengurangkan kulit muka terbakar sinaran matahari. Rendam timun dalam air sejuk seketika dan hancurkan timun sehingga menjadi lumat atau potong nipis. Kemudian letakkan pada kulit atau muka yang terbakar, jadikan ia sebagai mask badan ataupun muka. Ia dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, gatal-gatal dan bengkak.

#4 MINUM AIR DENGAN CUKUP

Banyakkan pengambilan air minuman atau mineral dan jus buah-buahan tanpa gula tambahan sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ia secara tidak langsung dapat menggantikan air dalam badan yang telah hilang dan memulihkan kulit anda dengan cepat.

Dan tips paling mudah untuk merawat ‘sunburn’ ialah sapukan CHARMS HYDRA FRESH CREAM pada waktu siang dan CHARMS NIGHT SPA TREATMENT CREAM pada waktu malam.

Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan CHARMS HYDRA FRESH CREAM dan CHARMS NIGHT SPA TREATMENT CREAM dan juga maklum balas pelanggan, anda boleh terus menghubungi Beauty Consultant kami di nombor yang tertera di bawah:

010 207 6006 | info@charms.my

#charmssolekdanrawat #charmsskincare #charmscosmetic #charmshalalcosmeticskincare #halalcosmetic #halalskincare