Pipi merah bak pauh dilayang. Kalau betul gayanya, cantik lah. Kalau tak rupa badut jadinya. Haaa..jangan ingat pakai blusher ni main tenyeh je..ada tekniknya sesuai dengan bentuk wajah seseorang..
Nampak kan perbezaan wajah bila blusher tu disapu di bahagian yang berbeza?
1. Apples
Membuatkan anda kelihatan lebih comel, manis dan muda
2. Cheekbones
Membuatkan anda lebih bergaya dan matang
3. Low on the cheek
Membuatkan anda kelihatan sedikit garang
4. Near the eyes
Membuatkan wajah anda kelihatan pelik x0x0x0 😀
Tapi perhatikan juga adakah ianya sesuai dengan bentuk wajah kita atau tidak. First sekali kita kena kenal bentuk wajah kita samada bujur, bulat, lonjong, persegi atau hati.
Bujur : Sapu blusher di bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher kat atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor woww gitu..