Biodata CEO Fasyeera Empire Sdn. Bhd

Nur Bashirah Hussin yang lebih selesa dengan panggilan Syira mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap dunia keusahawanan. Dengan berlatar belakang keluarga yang suka dengan dunia perniagaan sedari kecil, menjadi pendorong kepada Nur Bashirah untuk menjadi seorang usahawan.

Selain itu, beliau juga gemar melancong untuk mengetahui pelbagai informasi tentang budaya dan kesan sosio-ekonomi di setiap negara yang dikunjungi. Setiap perjalanan yang beliau lalui sepanjang melancong ke negara orang membuka minda beliau untuk melahirkan idea perniagaan baru yang berpotensi dan juga memberi manfaat kepada syarikat yang diterajuinya.

Fasyeera Empire Sdn Bhd, yang baru ditubuhkan pada tahun 2016, berkembang pesat dengan rekod jualan yang meningkat sebanyak 527% pada penghujung tahun 2017. Kejayaan dalam pencapaian perniagaan dan kemahiran kepimpinan beliau telah melayakkan diri beliau dianugerahkan “BEST ENTERPRENEUR 2016 MALINDO INTERNATIONAL ENTREPRENEUR” pada malam Anugerah Gala Dinner. Pada tahun yang sama, beliau juga turut dijemput sebagai tetamu undangan di majlis Klinik Usahawan KUSIK.

Yang terkini, Disember 2017 sekali lagi beliau menerima berita gembira iaitu hampir setiap produk kosmetik di syarikat beliau telah diiktiraf Halal Jakim. Ini merupakan penghargaan yang paling besar untuk seluruh warga Charms kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan daripada pihak Jakim. Tambahan proses untuk mendapat Halal sesuatu produk itu sangatlah merumitkan. Tapi, Alhamdulillah dengan usaha dan ketelusan beliau di dalam perniagaan dan meyediakan produk berkualiti tinggi pada pengguna akhir adalah tidak sia–sia.

Selain itu, pada awal Januari 2018, ibu kepada 3 orang anak ini juga telah dianugerahkan sebagai “WOMEN ENTREPRENEUR OF THE YEAR” di malam anugerah AZIZAN OSMAN TITANIUM AWARD 2017/2018 yang dilangsungkan di Bangkok, Thailand. Kegigihan beliau untuk memartabatkan ekonomi rumahtangga dari gembelingan para surirumah telah menjadikan beliau ikon Wanita Inspirasi.

Sebelum menerokai industri perniagaan Kosmetik dan Kecantikan, beliau pernah berkhidmat sebagai salah seorang penjawat awam di Jabatan Kementerian Malaysia dan juga Institusi Pendidikan selama 10 tahun seperti yang disenaraikan di bawah:

2006 : Pegawai Tadbir Sementara – Jabatan Macroeconomic, Jabatan Perdana Menteri
2006 – 2008 : Marketing Executive –Perodua Sales Sdn Bhd, Marketing Department
2009 – 2016 : Pensyarah Ekonomi & Keusahawanan, UITM Shah Alam, Jabatan Ekonomi
2016 – Sekarang: CEO Fasyeera Empire Sdn Bhd

Nur Bashirah juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

LIKE & SHARE