Kadang-kadang mesti kita terfikir kan perlu ke tak sebenarnya beli berus makeup full set? Sampai 20 batang tu. Mungkin bagi jurumekap professional, ianya perlu sebab ye lah tugasnya nak menyolek banyak wajah yang berbeza-beza. Kita yang rakyat marhaen ni? Yang simple-simple je makeup ni perlu ke berus makeup?

So meh Cik Charms kongsikan 5 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG BERUS MAKEUP

1. Beli berus solekan yang penting je

Ni antara 5 berus yang penting bergantung kepada solekan anda setiap hari tau. Kalau anda seorang yang suka buat countor pada wajah, perua lah ada berus contour pula. Hihi

2. Basuh berus dengan berkala

Basuhlah berus makeup anda sekurang-kurangnya dua kali sebulan sebeb berus yang tak dicuci, lama kelamaan boleh menyebabkan bakteria merebak tau. Bila berus makeup korang berish, kulit terhindar daripada miss j, makeup lebih flawless dan jangka hayat berus lebih lama.

3. Tak perlu habis beratus ringgit untuk sabun berus

Ada banyak sabun berus makeup di pasaran sekarang ni. Terpulang samada anda nak berbelanja lebih atau tidak. Alternatif lain pula Cuci Berus makeup dengan shampoo baby je. Lebih bersih dan embut pada berus. Gunakan bersama egg brush untuk lebih bersih

4. Lalukan air je tak perlu rendam berus lama-lama

lalukan berus di bawah air, basuh berus, berus foundation

Ni untuk mengelakkan dari air masuk ke tempat pemegang berus. Bila air tu masuk dekat dalam pemegang berus secara automatiknya akan menyebabkan air tu serap dekat gam

5. Elak guna hairdryer untuk keringkan berus

Bila selesai je basuh berus tu, lap guna tuala kering sampai berus tu kering sikit. Lepas dah lap guna tuala korang kena biar kan dia kering secara air-dry. Bila guna hairdryer keringkan berus, berus akan mudah bercabang dan cepat rosak

Semoga bermanfaat!